nenek

9 julai 2015

Hari ini terawih di masjid kampongl. Azan isyak berkumandang. Aku agak liat nak lepas telefon di tangan. Membalas beberapa whatapps rakan. Dan ketika itu juga aku ditarik ustazah ke saf hadapan. Imam mengangkat takbir. Seketika itu rasa sebak menyerbu. Tak tahu mengapa.

Pada ketika itu juga aku merapatkan saf ke kanan. Hujung mata terlihat seorang nenek di sebelah kiri. Aku kira umurnya lanjut 80an. Sudah bongkok tiga tapi masih gagah berdiri solat. Tapi pergerakannya agak lambat, agak bersusah payah aku lihat. Bila bacaan imam dibacakan, aku melihat ruang kosong yang agak besar di sebelah kiri. Dah putus saf dah ni, getus hati kecil aku. Aku cuba menarik tangan nenek agar merapatkan saf, sedikit saja yang berganjak. Aku seakan memaksa. Terasa bersalah dengan nenek.

Sepanjang solat aku tak mampu focus, mengapa nenek tak merapatkan saf?. Dan aku cuba berfikir yang baik-baik saja. Mungkin nenek tak tahu. Mungkin nenek tak larat. Mungkin nenek tak nak menyempitkan saf dengan pergerakannya yang lambat. Alasan yang paling rasional aku mampu fikirkan adalah kerana hati kami jauh. Sememangnya aku tak kenal sangat dengan nenek. Aku hanya kenal nenek di masjid. Aku orang muda. Belajar jauh. Hanya balik masa cuti. Apalah sangat cerita mengenai orang kampong yang aku tahu. Serasa bersalah aku tidak mengenali nenek. Tak cuba bermesra dengan orang lama. Hikmah di dada mereka jauh lebih mendalam.

Dan ketika itu aku sedar, merapatkan saf bukan hanya sekadar bahu bertemu bahu. Merapatkan saf juga merapatkan hati-hati muslim yang jauh. Sepanjang solat aku rasa terganggu dengan perasaan sendiri. Kerana tak cuba merapatkan hati aku dengan nenek. Bukan dengan nenek saja dengan Jemaah yang lain juga. Takala itu aku menangis. Tersedu-sedu. Muslim yang baikkan engkau ?. sepanjang solat nenek jauh dari aku. Sepanjang itulah aku sedih. Sedih dengan diri sendiri.
 


selembar pena pantas menari,selautan ilmu masih menitis

Letter from girl under the moon


Dear moon,

You and i have a very strange relationship,
You are the only thing has entranced me,
Everytime i look upon it.

Yesterday i was staring at you,
You're were gleaming like morning dew on a freshly blossomed rose,
The stars alligned themselves in a way so that when i come out,
You are the only one shining,
Others star help you look your best.

I don't think you need that,
You are perfect the way you are,
Because you're like me have a story,
Those marks, craters, dents and blemshes you bear are the sign of your tale.

I look at you and wonder how you can be so beautiful despite bearing so many marks,
Its like you have been painted to look wounded yet pretty as a new bride.
You're like a victory for people like us ordinary people,
We have reached you,
Put foot on you and now we have achieved something,
Something defines us to our generations.

What do you think?
Do you agree?
Do you want to be a part of that victory?
Or do you want to be left alone?
Do you wonder why someone did not ask you?
Why someone did not care about you?
Do you ever feel like you have to fulfill expect
What if someone does not think that you as worthy as yourself think?

I think that you are just pawn in our game,
The game that we win and the people around us clap,
They cheer on us they look at you with contempt,
Because everyone want to see who lost to us
So in way, you're not different from me :)

Yours Sincerely,
Letter from girl under the moon


Notes: beautifuly written by Wafifi Husna. One of the beautiful and sincere souls i ever meet. Posting this poem on her behalf because it just too honest just to be keep  so sharing this will always be a beautiful reminder for me :)

selembar pena pantas menari,selautan ilmu masih menitis

Catatan pondok bas

Kenapa ya?
Diluah serba salah
Ditelan membungkam

Kenapa ya?
Dikata tiada yang menadah
Ditulis tiada yang menatap

Kenapa ya?
Rasa yang sendiri terjerat
Serasa mahu dihijab diri dari selain dirinya sendiri

Atau sebenarnya
Ketakutan
Kesakitan
Yang paling tak mahu dirasa

"Siapa yang kau mahu kagumkan terhadap diri kau? Manusia? Tuhan?"


selembar pena pantas menari,selautan ilmu masih menitis

Tapak

Indahnya hidup orang lain,
Sengsaranya hidup aku,
Dibanding-bandingkan

Tenang dan senang orang dikecohkan,
Sakit dan kacau aku dilaung-laungkan,
Dibanding-bandingkan...sekali lagi

Pernahkan kau berada di kasutnya?
Siapa tahu sakit tapaknya menapak?
Tapi dia gagahkan juga...

Mungkin tapak aku lagi selesa dari tapak dia,
Tapi sakit tapak aku lah paling sakit,
Bebal juga aku ni ya...

"Tuhan tak akan uji dengan sesuatu yang kau tak mampu. Teruslah menapak"


selembar pena pantas menari,selautan ilmu masih menitis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Catatan Dhoif Hak Milik Secubit Kopi